Sempana cuti sekolah, PPM Ledang (Tangkak) telah menjalankan Aktiviti Ekspedisi Berbasikal 150km pada 24 hingga 27 Disember 2015. Seramai 11 orang ahli Pengakap Remaja dari 3 buah sekolah di daerah Ledang turut sertai aktiviti yang mencabar dari segi fizikal dan juga mental ini.
Sepanjang perjalanan 4 hari 3 malam tersebut, selain daripada menyiapkan tugasan yang diberi, mereka juga mengunjungi kilang memproses cendawan di Gersik dan memperolehi ilmu pengetahuan tentang proses penamanan cendawan. Selain itu, kerja-kerja amal juga dilakukan sepanjang perjalanan, contohnya membersihkan kawasan Dataran Tangkak dan Gunung Ledang. Seperti apa yang dinyanyikan dalam Lagu Pengakap, ahli-ahli Pengakap tersebut menabur bakti di mana sahaja.
Berikut adalah perjalanan dalam 4 hari:
Hari Pertama: Sungai Mati -> Belemang -> Bukit Gambir -> Gersik -> Kundang Ulu
Hari Kedua: Kundang Ulu -> Bukit Gambir -> Serom -> Bukit Kangkar -> Teluk Rimba
Hari Ketiga: Teluk Rimba -> Pengkalan Besar -> Tangkak -> Sagil -> Gunung Ledang
Hari Keempat: Gunung Ledang -> Sagil -> Tangkak -> Sungai Mati
Pihak PPM Ledang ingin mengucapkan terima kasih kepada AJK aktiviti, sekolah-sekolah yang terlibat dan juga Krew Kelana A Ledang yang memberi bantuan sepanjang aktiviti. Tahniah diucapkan kepada para peserta kerana berjaya mengatasi segala cabaran dalam ekspedisi ini, terus berusaha!
Senarai AJK Ekspedisi Berbasikal 150km Tahun 2015
Penasihat: En Irasha bin Idris
Pen Penasihat: Pn Tan Khor Yang
Pengerusi Program: En Mohd Rasul bin Amat
Ketua Aktiviti: En Tan Wei Wen
Pen Ketua Aktiviti: En Chua Tze An
Setiausaha: Cik Rohani binti Badawi
Bendahari: En Abd Rasid bin Abd Rahman
Tugasan Khas: En Wong Liang Ping, Cik Lim Ying Jye, En Loganathan A/L Gopal, En Mohd Dan
Sebelum bertolak…
Mempelajari proses menanam cendawan…
Peserta-peserta sedang membersihkan kawasan Dataran Tangkak
Adui…tayar puncit, usah risau, peserta pandai membaiki
Mengambil gambar bersama papan tanda Tangkak dan juga Gunung Ledang :D
Akhirnya…
Nikmatilah gambar-gambar lain di: Facebook Album