Posted on

Pendaftaran Keahlian Pengakap Tahun 2016

BorangPendaftaran Keahlian Pengakap bagi tahun 2016 sudah boleh dimuat turun dari Pendaftaran PPM Johor 2016.

Sila emel borang yang telah diisi ke pengakap@ppmtangkak.org

 

PERHATIAN:

Kumpulan-kumpulan diminta mendaftarkan Pengetua/Guru Besar (Kuasa Penganjur) bagi tujuan memenuhi syarat jika mereka dicalonkan untuk Anugerah Pingat atau Bintang Persekutuan Pengakap Malaysia.

pendaftaran pengakap johor 2016

Borang Pendaftaran: Pendaftaran PPM Johor 2016

 

Posted on

Ekspedisi Berbasikal 150km

Sempana cuti sekolah, PPM Ledang (Tangkak) telah menjalankan Aktiviti Ekspedisi Berbasikal 150km pada 24 hingga 27 Disember 2015. Seramai 11 orang ahli Pengakap Remaja dari 3 buah sekolah di daerah Ledang turut sertai aktiviti yang mencabar dari segi fizikal dan juga mental ini.

Sepanjang perjalanan 4 hari 3 malam tersebut, selain daripada menyiapkan tugasan yang diberi, mereka juga mengunjungi kilang memproses cendawan di Gersik dan memperolehi ilmu pengetahuan tentang proses penamanan cendawan. Selain itu, kerja-kerja amal juga dilakukan sepanjang perjalanan, contohnya membersihkan kawasan Dataran Tangkak dan Gunung Ledang. Seperti apa yang dinyanyikan dalam Lagu Pengakap, ahli-ahli Pengakap tersebut menabur bakti di mana sahaja.

Berikut adalah perjalanan dalam 4 hari:

Hari Pertama: Sungai Mati -> Belemang -> Bukit Gambir -> Gersik -> Kundang Ulu

Hari Kedua: Kundang Ulu -> Bukit Gambir -> Serom -> Bukit Kangkar -> Teluk Rimba

Hari Ketiga: Teluk Rimba -> Pengkalan Besar -> Tangkak -> Sagil -> Gunung Ledang

Hari Keempat: Gunung Ledang -> Sagil -> Tangkak -> Sungai Mati

 

Pihak PPM Ledang ingin mengucapkan terima kasih kepada AJK aktiviti, sekolah-sekolah yang terlibat dan juga Krew Kelana A Ledang yang memberi bantuan sepanjang aktiviti. Tahniah diucapkan kepada para peserta kerana berjaya mengatasi segala cabaran dalam ekspedisi ini, terus berusaha!

 

Senarai AJK Ekspedisi Berbasikal 150km Tahun 2015

Penasihat: En Irasha bin Idris

Pen Penasihat: Pn Tan Khor Yang

Pengerusi Program: En Mohd Rasul bin Amat

Ketua Aktiviti: En Tan Wei Wen

Pen Ketua Aktiviti: En Chua Tze An

Setiausaha: Cik Rohani binti Badawi

Bendahari: En Abd Rasid bin Abd Rahman

Tugasan Khas: En Wong Liang Ping, Cik Lim Ying Jye, En Loganathan A/L Gopal, En Mohd Dan

893206_1683966035173670_5293794533055729502_o

Sebelum bertolak…

921067_1683966288506978_4943407799219915482_o

894694_1683967775173496_5262554971992572822_o

Mempelajari proses menanam cendawan…

1277309_1683968781840062_6220280582701071954_o

1890444_1683980878505519_1714115457703475705_o

Peserta-peserta sedang membersihkan kawasan Dataran Tangkak

10386963_1683986465171627_1345061698462348028_o

Adui…tayar puncit, usah risau, peserta pandai membaiki

10636577_1683978241839116_6336525432163559091_o

Mengambil gambar bersama papan tanda Tangkak dan juga Gunung Ledang :D

12440463_1684514648452142_8168587073244094991_o

Akhirnya…

Nikmatilah gambar-gambar lain di: Facebook Album

 

Posted on

Kursus Kepimpinan Manikayu Pengenalan & Peringkat 1

P1010130

PPM Daerah Ledang telah berjaya mengadakan Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Pengenalan dan Peringkat 1 (Unit PKK dan PM) pada 28 hingga 30 Mei 2015 di SMA Lughatil Arabiah, Tangkak.

PPM Daerah Ledang ingin mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Pasukan Latihan Negeri Johor, Tn Hj Ibrahim Abdullah dan juga ketua-ketua kursus, Pn Tan Khor Yang (Pengenalan), En Rizal Abdullah (PKK) dan Pn Shabibah M. Said (PM) atas jasa menyampaikan sidang-sidang yang memanfaatkan para peserta kursus.

Terima kasih kepada para peserta kerana sudi menggunakan masa cuti untuk meningkatkan ilmu kepengakapan anda demi ahli-ahli Pengakap, jumpa lagi di Peringkat 3A yang akan datang!

Happy Scouting!

P1010130

P1010128 P1010125 P1010115 P1010111 P1010109 P1010105 P1010102 P1010098 P1010096

Continue reading Kursus Kepimpinan Manikayu Pengenalan & Peringkat 1

Posted on

Pertandingan Kawad Kaki Sekolah-sekolah Daerah Ledang

Tahniah kepada Pergerakan Pengakap SMJK Pei Hwa (Kumpulan ke-2 Ledang) yang menjadi johan kategori perempuan dan naib johan kategori lelaki dalam Pertandingan Kawad Kaki Sekolah-sekolah Daerah Ledang.

Selain itu, Pengakap perempuan kumpulan tersebut juga memenangi johan keseluruhan dalam pertandingan kawad kaki ini. Tahniah diucapkan kepada Lim Kha Qi dan Soh Chia Yee dari Pergerakan Pengakap SMJK Pei Hwa yang dipilih sebagai Ketua Pelatun Lelaki Terbaik dan Ketua Pelatun Perempuan Terbaik.

10371398_810238145721962_4780159057502071664_n

 

Semua peserta dari Pergerakan Pengakap SMJK Pei Hwa bersama pemimpin kumpulan, Pn Tan Khor Yang dan En Saiful

11146385_810733452339098_9109923989814998870_o

Ketua Pelatun Terbaik (Kategori Perempuan dan Lelaki)

Continue reading Pertandingan Kawad Kaki Sekolah-sekolah Daerah Ledang